Los Angeles: Seorang aktivis alam semula jadi yang mencipta pakaian kalis ular akan membenarkan dirinya ditelan hidup-hidup oleh seekor anakonda dalam satu rancangan khas televisyen akan datang.
Dalam rancangan berjudul 'Eaten Alive' itu, penerbit filem Paul Rosolie merancang memakai pakaian berkenaan dan kemudian membiarkan dirinya ditelan oleh ular yang biasanya sepanjang sehingga 10 meter.
Rancangan itu yang akan ke udara selepas 7 Disember depan mencetuskan kemarahan pencinta haiwan yang menyifatkannya sebagai penderaan haiwan tahap terburuk.
Rosolie, 26, bagaimanapun membantahnya.
"Jika anda mengenali saya, saya tidak langsung akan menyakitkan hidupan. Anda perlu melihat rancangan itu sebelum membuat tuduhan," kata Rosolie.
pergh, berani betul.
BalasPadamVitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan