Warna Warni Perkahwinan Di Raja TMJ

persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda


Pada 24 Oktober yang lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ telah selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.


persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda

Bertempat di Istana Bukit Serene, kedua-dua mempelai nampak segak dan anggun menggayakan busana serba putih semasa istiadat pernikahan mereka.


persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda

Bagi istiadat persandingan mereka pada esok hari, 8 November 2014 pula, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa pasangan mempelai itu bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8.00 malam.


persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda

Selain itu, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya.


persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda

Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat dengan lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda pada 8 November ini.


persiapan kahwin diraja johor tmj dan khaleeda

Tunku Mahkota Johor merupakan putera sulung Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah.

0 Response to "Warna Warni Perkahwinan Di Raja TMJ "

Catat Ulasan