Luahan hati ibu remaja yang dibogelkan akibat mencuri

pencuri dibogel dan dipukul


BACHOK, 6 Nov - Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibogelkan yang didakwa cuba mencuri motosikal berdekatan dengan sebuah masjid dekat sini.

Baca : Pencuri Motosikal Ditangkap dan Dibogelkan

Ibu kepada remaja berkenaan tampil meluahkan perasaan kecewa terhadap perkara tersebut. Menurut ibu yang berusia 38 tahun itu, walaupun anaknya bersalah, orang ramai tidak ada hak untuk memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

"Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila orang ramai bogelkan, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

"Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya," memetik laporan dari berita Bernama.

Ibu berkenaan juga berkata perbuatan menjatuhkan maruah itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Baca : Mufti Kelantan Tegur Perbuatan Membogelkan Pencuri Motor

"Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membogelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain.

"Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya," katanya.

Ibu kepada remaja berkenaan turut berharap agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar anaknya yang dalam keadaan memalukan itu.

"Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus 'delete' gambar itu dengan segera kerana ia memalukan," katanya.

Menurut dari Imam Masjid tempat berkenaan, Ibrahim Ahmad, 69, dia dan beberapa jemaah lain terkejut dengan apa yang berlaku..

"Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

"Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menegaskan orang awam yang menangkap individu yang dipercayai melakukan jenayah dilarang sama sekali mengambil tindakan sendiri yang boleh melanggar undang-undang. Perkara yang sebetulnya adalah menyerahkan individu itu kepada pihak polis.

Mazlan menambah insiden bogel tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 kanun Keseksaan kerana mencederakan dan boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

5 Responses to "Luahan hati ibu remaja yang dibogelkan akibat mencuri"

  1. Betol tu..mghukum org yg buat jenayah dgn perbuatan jenayah..xke ke sama diri tu dgn penjenayah tu.. pikir sebelum buat bkn nk bela..tp ko da pukul aib kn pasto mmg sah2 la bwk g balai kn...kalau nk pukul xpe la tp yg bogel kn tu xpasal kn...bkn nye dia rogol ank dara pon...kot ye pon kn kes rogol tp tetap xley buat cm tu...negara ni ade undang2..jgn buat pndai nk buat undang2 sndiri...yg nk marah konon nye bela penjenayah tu cuba pikir lau jd kt darah daging korg cm ne...malu knnn...bkn kluarga je sedara mara semua tggung malu jgk..

    BalasPadam
  2. Lepas ni sapa mencuri xkena hukum la.nmpk pencuri lps mcm tu xyah wt pa..

    BalasPadam
  3. x baik aib kan org.. yg salah tetap salah..tp bukan mcm tu cara nak menghukum.. buatnya nasib x baik, kita tersalah hukum org yg x bersalah..

    BalasPadam
  4. Kalau tangkap penjenayah , hantar je balai , senang citer . Perbuatan camni hanya untuk memuaskan nafsu amarah , buat apa . Negara kita ada undang2 , ikut jelaa . Setiap kesalahan ada hukumannya . Nabi ajar kita berbuat baik walau apa pun perkara yang berlaku . Adakah perbuatan sedemikian adalah perbuatan yang baik? Banyakkan bertanya pendapat daripada ahli ulamak sebelum menilai , itu lebih baik . Saya hanya berkongsi pendapat . Wallahualam .

    BalasPadam