Video letupan bom di hadapan kedai karaoke Narathiwat

video letupan bom di Narathiwat


NARATHIWAT : Sebutir bom buatan sendiri diletupkan di hadapan sebuah kedai karaoke di sini hari ini, menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

Menurut polis, kejadian di Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat itu berlaku pada jam 1.04 tengah hari.


Saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom sebelum beredar menaiki motosikal rakan mereka yang menunggu.


Letupan itu menyebabkan kerosakan pada 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke manakala beberapa kereta dan motosikal berhampiran turut terbakar.


Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin, berkata bom buatan sendiri seberat 50kg itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.


Beliau berkata, kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014.


Katanya, sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada jam 1.55 tengah hari.


"Manakala bom ketiga yang dilontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama, tidak meletup," katanya.




0 Response to "Video letupan bom di hadapan kedai karaoke Narathiwat"

Catat Ulasan