Usung lelaki Islam tidak solat jumaat dengan van jenazah - MB Terengganu



Terengganu : Lelaki Islam di Terengganu yang tidak solat Jumaat akan ditangkap dan dibawa dengan van jenazah, demikian menurut Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkeliaran pada waktu solat Jumaat sejajar dengan penguatkuasaan penutupan premis-premis perniagaan pada hari tersebut," kata Ahmad Razif ketika program 'Walkabout' di Wisma Persekutuan hari ini.

Pada awal Januari lalu, kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Razif menyokong penuh tindakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebelum ini yang menangkap golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di negeri itu.

“Saya menyokong penuh kepada tindakan Maidam yang melaksanakan undang-undang itu bagi menjaga imej kita sebagai orang Islam serta negeri Terengganu”.

“Saya telah berhubung dengan pihak Maidam supaya pendekatan yang boleh kita ambil ialah lebik kepada mendidik bukanya menghukum, serta memberi peluang kepada mereka dan diberi nasihat sebelum melaksanakan hukuman," katanya. 

- Terengganu Times

0 Response to "Usung lelaki Islam tidak solat jumaat dengan van jenazah - MB Terengganu"

Catat Ulasan