Bayi Melecur Teruk Akibat Kecuaian Taska

Bayi Melecur Teruk Akibat Kecuaian Taska


Ipoh : Seorang ibu mendakwa bayi lelakinya melecur teruk akibat terkena air panas ketika ditinggalkan di sebuah taska di First Garden, Ipoh pada awal pagi Isnin.

Bayi malang, J.C. Demarcuz Rozario, berusia 1 tahun 3 bulan itu dikatakan melecur teruk di bahagian muka, tangan dan sebahagian besar dadanya selepas secawan air panas tertumpah ke atas badannya ketika dia pergi ke dapur taska tersebut.

Ibu mangsa, T. Mary Elina, 39 berkata, dia meninggalkan bayinya di taska sekitar pukul 6.50 pagi dan pergi kerja seperti biasa sebelum menerima panggilan daripada pihak taska sekitar 8 pagi.

"Mereka menghubungi saya dan suami dan mengatakan anak saya telah terkena air panas dan kami memikirkan bahawa ianya tidak serius tetapi apabila sampai kami di sana, alangkah terkejutnya kami melihat keadaan anak kami.

"Dia sedang meraung kesakitan, bergegar dan kami pun begitu takut untuk memegangnya kerana bimbang sebarang sentuhan akan mencederakan kulitnya," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat DAP, Medan Istana pada Selasa.

Mary melahirkan rasa kesal kerana mendakwa pihak taska yang tidak membawa anaknya ke hospital sedangkan kecederaan yang dialaminya memang tidak tertanggung apatah lagi buat seorang bayi.

Bapa mangsa, J. J. Charles ketika ditemui PerakNews berkata, dia amat terkilan dengan sikap pihak taska yang hanya datang melawat selepas dihubungi pihaknya dan langsung tidak bertolak-ansur mengenai soal bayaran hospital.

"Kejadian ini berlaku di dalam kawasan mereka dan saya sangat hairan bagaimana anak saya boleh masuk ke dapur sehingga air panas tertumpah ke badannya, ini jelas menunjukkan kecuaian pengasuh taska.

"Saya mempercayai mereka untuk mengasuh dan menjaga anak kecil saya, tetapi ini pula yang berlaku, hati bapa mana tak sedih?," ujarnya.

Demarcus kini dilaporkan stabil namun masih mengalami demam dan tidak dapat tidur, dipercayai masih trauma akibat kejadian berkenaan. - peraknews.com

1 Response to "Bayi Melecur Teruk Akibat Kecuaian Taska"

  1. Slot machines not working - DRMCD
    There is no reason why the slot machines are not working. Please call 경주 출장마사지 Customer Service to cancel 광양 출장안마 or cancel your winnings. 24 영주 출장마사지 hours a day. 수원 출장안마 We 원주 출장샵 have

    BalasPadam