6 Gambar protes tuntut popiah hak milik Indonesia

lumpia popia indonesia malaysia


JAKARTA : Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam bagi menegaskan bahawa kuih popiah, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes 'Save Lunpia' anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.

Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.

lumpia popia indonesia malaysia

"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popiah) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popiah) sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai (popiah) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.

lumpia popia indonesia malaysia

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popiah sebagai warisan budaya nasional.

Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popiah sebagai berasal dari Indonesia.

lumpia popia indonesia malaysia

Beliau berkata, popiah diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.

Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popiah Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

lumpia popia indonesia malaysia

Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.

"Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popiah) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia," menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu.

lumpia popia indonesia malaysia

4 Responses to "6 Gambar protes tuntut popiah hak milik Indonesia"

  1. Awat x kata dunia ni indonesia yang punya ja...? Kan senang

    BalasPadam
  2. Vietnamese Spring Roll apa citer pulak..kita kan serumpun..south east asian countries lagi..harusla ad persamaan dr bnyk segi
    Penat je blajar geografi, sejarah & ambil exam TITAS kalau xleh apply..patriotism pun bertmptla

    BalasPadam
  3. Ni kat wiki ttf popia-->>> https://en.m.wikipedia.org/wiki/Popiah

    BalasPadam