Cadangan nombor plate keluaran JPJ sahaja dikaji

nombor plat kereta


Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kemungkinan hanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) saja yang boleh mengeluarkan nombor plat kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, tujuan utama kaedah berkenaan dilakukan adalah untuk mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Menurutnya, kaedah itu sudah diguna pakai di beberapa negara luar seperti di United Kingdom, Singapura serta Indonesia, dan nombor plat berkenaan senang dibaca dan tidak mempunyai bentuk yang pelbagai.

'Jika diluluskan ia akan dilaksana dalam tempoh terdekat', katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN bagi Parlimen Sri Gading di sini, hari ini.

0 Response to "Cadangan nombor plate keluaran JPJ sahaja dikaji"

Catat Ulasan