KANGAR : Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan yang dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM1,000.
Norhayati kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM500 seorang sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.
Tonton video kejadin di sini >> Video kes buli di asrama anak yatim perlis
Post by Sukan Star TV.
Assalamualaikum,
BalasPadamTunaikan zakat infaq dan shodaqoh di
Griya yatim dan dhuafa