Info terkini berkaitan kes buli seorang budak di Perlis



Kangar : "Kes lama, kita sudah siapkan kertas siasatan dan sedang menunggu arahan Ketua Unit Pedakwaan bagi tindakan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar,Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar di belasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar elaki di dalam bilik asrma di situ.

Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuk suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

"Kertas siasatan sudah dipanjangkan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya negeri," katanya.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.

Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu arahan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.

Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.

Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebah bilik asrama.


[05/11 16:45] Maklumat kes buli laporan berita tv3 yg dikeluarkan hari ini

Tarikh kejadian 24/5/2014 hari sa btu antara jam 6 ptg hingga 7 malam di asrama anak Yatim jejawi Perlis. Mangsa bernama Nur Azha b saat pelajar tahun 5 SK kubang gajah. Pembuli seramai 7 orang.

1. Mohd Zaid Mohd izhan ting 2 telah dibuang sekolah Dan buang asrama anak yatim.
2. Mohd talhah Mohd izhan Tingkatan 1 telah dibuang sekolah Dan buang asrama.
3. Mohd khairy b Abdullah ting 4 diberi amaran kes pertama.
4. Hafiz ishak ting 3 diberi amaran
5. Irfan far is b syaifudin ting 1 diberi amaran
6. Mohd farhan b dzulkafli ting 2 diberi amaran
7. Mohd airil izuan mat zambri ting 1 diberi amaran

Pihak asrama anak Yatim telah buat repot pada 6/6/2014 kerana selepas tarikh kejadian cuti sekolah Dan baru mendapat tahu tentang kejadian apabila sekolah dibuka dan video telah disebarkan.repot dibuat di ipd kangar jam 1705.Selepas repot dibuat pelajar terlibat ditahan dilokap selama 2 hari.Mangsa cedera ringan.Repot polis telah ditarik semula pada 21/7/2014 oleh pihak asrama anak Yatim.

Sekian laporan saya.

[05/11 16:51] En Sahrul Spkd: Maklumat selanjutnya akan saya tulis dalam laporan kes untuk makluman pihak tuan.Maklumat tambahan semua pembuli bersekolah di SMK Syed Sirajuddin,jejawi Perlis.

[05/11 16:58] En Sahrul Spkd: 7 orang pelajar ini menandatangani Surat perjanjian Dan jaminan di Ipd kangar.Pihak asrama anak yatim menarik balik repot ini atas Alasan:

1. Suspek telah mohon maaf Dan berjanji tidak akan ulang perbuatannya.
2. Pihak Jawatankuasa Asrama beranggapan murid yang terlibat masih muda Dan tidak berfikir panjang semasa buat.Tidak mahu masa depan mereka gelap.

Tindakan yang telah diambil ialah satu sesi Kaunseling Dan nasihat telah dibuat kepada 7 orang murid yang terlibat oleh pihak asrama anak Yatim.

Kes selesai.

8 Responses to "Info terkini berkaitan kes buli seorang budak di Perlis"

  1. Sbb pihak pengurusan sekolah bengong dan lanjiooo..tk fkir ke 7 lwn 1, hbis tegas hnyalh diberi amaran?? What the hell?? Klau mcm tu naik kepala la budak2 bodoh tu, aq bnci giler ar dgn statement ni.. Bdak smpai menangis bole lagi ckp cedera ringan.. Brdosa dow pukul anak yatim, da lh diorang tu anak yatin gak.. Bhsa tk sdar diri lgsg, aq tk than giler dgn bdak 7 ekor tu..hish,tutt mcm tu je selesai..bodohnya punya pihak pengurusan,ank org smpai nk mampus dipukul tp hukuman mcm hangjing..

    BalasPadam
  2. Yg kena buli pasti trauma.. yg membuli kalau kena sabit kesalahan.. blum tentu gelap masa dpn tp kalau lps dr hukuman mau gelap gak msa dpn tu... aku simpati ngan anak2 ni... yg mapu tbyg jika anak aku dibuat mcm ni... siapa nak bela anak yg kena buli... siapa yg nak ajar anak yang membuli tu...

    BalasPadam
  3. Sangat2 x puas ati..xbole just slesai mcmtu je..pembelaan prlu d lakukan..klu x nk bela meh bagi aku ambk jdi ank angkat..mangkuk pnya pihak pengurusan..adoiii aku ank yatim piatu gak tp prangai x la mcm binatang..amaran je wei amaran je,pale otak laaaa!!

    BalasPadam
  4. Budak2 ribena baru nk up mcm ni la perangai nyer nk tunjuk sgt belang nyer.Kita ni kene ingat kite manusia bukan binatang alangkn binatang pun ade ati perasaan walaupun tiada akal.

    BalasPadam
  5. Betul-betul tak patutlah tutup kes tu. Mereka tendang dan pijak budak tu. Heret dia dari kaki dari tangan macam budka tu anak patung. Lepas tu hanya amaran dan buang sekolah yang mereka dapat. Fikirlah silap-silap masa depan budak yang kena buli tu yang jadi gelap sebab trauma. Kepala di tendang tahu, muka di tampar. Dia dah mengadu 'sakit,sakit' ada mereka peduli? Terbayang kalau adik sendiri yang kena buat macam tu. Dimana hilangnya sikap perikemanusiaan mereka ne. Budak tu dah lah junior mereka. Kalau ya pun dia salah, nasihat betul2 bukan buat macam tu ..

    BalasPadam
  6. dah tingkatan kecik apa lg..dah baligh pn..lepasni kalau ada kes budak mati kena buli kita bg amaran dah la mana tahu kot2 lepas bg amaran dorg tk buat lg..ataupun apa kata kita tukar je hukuman kat malaysia ni kepada beri amaran sbb lepas bg amaran dorg TAKKAN buat lg..

    BalasPadam
  7. SEPATUTNYA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DIKENAKAN TINDAKAN LEBIH BERAT DARI BUDAK JAHAT TU DAN DIMASUKAN SATU LOKAP. KITA TENGOK APA AKAN TERJADI.

    BalasPadam